Wednesday 10 August 2011

Hampir disaster..

Jam dah pukul 4.47 pagi masa aku tulis post ni.pasal pe aku bangun awal?bukan bgun awal pun tapi kerana tak tidur membuat assignment yang nampak macam sikit, tapi sebenarnya agak menyakitkan hati nak buat. Paraphrasing. Atau pun dengan kata lain macam buat kenyataan tu jadi seerti. macammana korang tak payah la pikirkan sebab mungkin anda dah siap atau pun tidak berkaitan.=)

Aku mula membuat assignment ni dari pukul 11.00 malam tadi. 5 jam buat assignment. tak sangka kira keras jugak aku ni. Ni la akibatnya bila kita suka tangguh kerja. Konfem menyesal tak sudah bila dateline dah betul2 dpan mata. haha biasa la tu.lpas tu tangguh lagi pastu nyesal balik,lpastu tangguh kerja lagi,menyesal lagi dan bnde ni takkan habis selagi kita x betul2 sedar.
Tadi mase buat assignment, aku hampir2 mengalami disaster seperti gambar di atas. masa kul 3.30 pagi tadi kawan aku(identiti disembunyikan untuk keselamatan beliau) dengan selambanya menutup plag laptop aku dengan muka yang ceria.Memburukkan lagi keadaan aku, aku tak pakai bateri. Haha.Memang kene parkinson la.dahla x save lagi segala titik peluh yang aku buat sejak dari pukul 11.00 tadi. Nasib baikla microsoft word bleh recover balik data.kalo tak mmg aku tak pegi kelas dan berlakon demam dalam bilik biar aku antar assignment esk.
      Peringatan disini jangan la buat kerja last minit lagi dan sentiasa save hasil kerja anda setiap 5 minit.mane tau nnt tetbe x leh recover data plak.ade plak orang bli mc nnt.kalo tangguh kerja inila jadinya tak tidor malam jadi cam burung hantu duk sensorang tak de orang teman. naseb bek bulan puasa.Kalo tak silap haribulan ade plak bnde lain yang teman.Mintak simpang la mcam tu.

2 comments:

  1. hahaha..kesian ko ye... satu ag pgajran spare bateri lm lptop bila buat keje.jgn pkai wire je.

    ReplyDelete